kadang-kadang kita ada penyakit hati...yang boleh merangkumi semua kategori..memandangkan semua manusia mempunyai hati yakni perasaan..percayalah bahawa mereka pernah merasai penyakit hati..apakah penyakit hati?
berdasarkan pengalaman hidup sendiri dan kawan-kawan dan sekeliling..
1. gembira ~ jangan ingat gembira nih bukan penyakit..sebenarnya gembira itu bergantung kepada diri sendiri..gembira yang sementara atau pun gembira untuk selamanya...bagaimana? sedangkan semua ingin gembira kan...apabila kita ingin gembira carilah punca mengapa kite gembira..adakah daripada sumber yang baik atau pun sumber yang jahat. janganlah kita gembira dengan kesedihan orang lain kerana satu hari nanti tuhan akan membuat kita berada di tempat mereka...carilah kegembiraan kerana ALLAH..kerana sesungguhnya ALLAH itu maha adil..
2. dendam~ penyakit yang boleh memakan diri sendiri..percayalah bahawa penyakit ini tidak menguntunkan diri walaupun puas hati kerana dapat membalas dendam..di mana letaknya iman kita sehingga mendengar galakan syaitan.seharusnya kita manusia hendaklah menerima qada dan qadar..takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH bahawa itu yang telah ditakdirkan oleh ALLAH..ingatlah pasti ada hikmah disebalik semua kejadian...
3. sedih ~ penyakit yang paling menyeksa jiwa diri insan..wahai insan menangis kalau boleh membuatmu tenang..bukan air mata itu melambangkan kelemahan tapi percayalah...berjanjilah untuk terus kuat..berjanjilah!! kesedihan itu mengajar kita sesuatu bahawa dunia ini penuh warna warni..tiada yang sempurna..belajarlah untuk terus berjalan disisi ALLAH..jangn kita hanya ingat ALLAH diwaktu duka dan bersedih...bersyukurlah kerana kita terpilih untuk merasa diuji oleh ALLAH ..kerana NYA sangat menyayangimu..
4. kecewa~ satu langkah untuk anda mengenali erti putus asa..bagaimana? kecewa dengan kehidupan..terasa bahawa dunia ini sungguh tidak adil..penyakit ini tiada ubatnya melainkn bangkit melihat kehadapan..usah ditegakkan perasaan kecewa kerana ia tiada pennghujung..bersyukur sekiranya gagal dalam hidup..kerana kita diberi peluang untuk memperbaiki diri sendiri walaupun kekuatan itu terlalu sedikit..bertahanlah..kerana berbaloi untuk masa hadapan..
5. cemburu~ setiap orang pasti ada..kita sentiasa mencari kekurangan diri..dan membandingkan diri dengan insan lain..kita sentiasa melihat kelebihan orang apabila kita terasa bahawa kita perlu memilik segala-galanya..kenapa? hargai apa kita ada..besyukur dengan apa yang ada..sebelum kita melihat kehilangan..cemburu biarlah bertempat...carilah sebab kenapa perlu cemburu..patutkah? perlu?untuk apa kita cemburu dengan keistimewaan orang lain..sedangkan kita boleh mencari kebahgiaan sendiri..apa penting..cemburu untuk lebih mengenali pencipta kita..betapa kita jahil tidak mengenalinya....cemburu untuk menjadi insan yang berguna..di dunia dan akhirat..percayalaah didunia ini hanya perjalanan yang sementara..tidak perlu cemburu dengan milik yang sementara..
dan bnyak lg....tp ini lah asas yang membawa kepada penyakit lain..sama ada hati ataupun penyakit kronik..cubalah mencari diri sendiri dalam iman tidak salah kita berusaha untuk perbaiki diri sendiri. bukan bertujuan untuk menjadi sempurna tetapi cukup untuk merasa diri ini berguna..
sekiannn
wasalam..
BURZZ
LIKE AND FOLLOW=)