lagu

Wednesday, 28 December 2011

AL KISAH

APABILA SEORANG IBU MENEGUR ANAKNYA..
coretan ini ditulis kerna mendapat ilham daripada kehidupan sebuah keluarga, semua orang mempunyai keluarga termasuk aku." ibu, mak, ma, mama," pelbagai pangilan yang kita semua pangil sebagai menghormati dirinya yang bersusah payah melahirkan kita semua untuk menikmati duniawi. tetapi, kepada yang telah kehilangan seorang ibu, janganlah bersedih kerana tugas kita mendoakan bonda ditempatkan di syurga dan berdoalah kita akan bertemu di padang marsya nanti bonda.. AMIN..

sewaktu kita masih mendengar suaranya menegur kita.. bersyukurlah kerana ..pertama sekali bersyukur kerana dia masih ada..kedua dia masih mampu bersuara, ketiga dia masih sihat dan dia masih sayangkan kita...ALHAMDULLILAH.. seburuk-buruk ibu kita dia tetap sayang akan anak walaupun bibirnya mengucapkan kata-kata benci tetapi hati masih gebu dengan kasih sayang kepada kita...ALHAMDULILLAH..

kalian..bersyukurlah sekiranya ibu anda menegur anda bangun lambat untuk solat subuh...kerana dia tidak mahu anak dia mendapat dosa melewat-lewatkan solat..
kalian bersyukurlah sekiranya ibu anda menyuruh anda membuat kerja rumah kerana dia tidak mahu anda susah apabila dia tiada di sisi anda nanti.
kalian bersukurlah sekiranya ibu anda menegur sikap kita yang cepat melatah, mengikut emosi kerana dia faham kita masih muda supaya kita tidak terbawa-bawa dengan perasaan marah.
kalian bersyukurlah jika ibu anda memarahi tindakan kita yang salah kerana dia masih seorang ibu yang bertakwa kepada ALLAH.
kalian gembiralah apabila ibu anda menyuruh anda menutup aurat kerana dia ingin mengurangkan dosa kita di atas dunia ini.
kalian sekiranya kata-kata kita dibantah oleh ibu kita, berbincanglah kerana mungkin ada sebab dia tidak setuju.
kalian kadang-kadang kita terlupa bahawa ibu kita juga manusia seperti kita. oleh itu, dia juga mungkin melakukan kesilapan seperti kita. kesilapan itu memberi pengajaran kepada kita, jangan kita memandang rendah terhadap ibu kita kerana dia adalah seorang yang hebat percayalah wahai anak-anak.

aku juga bersyukur memiliki mak yang sangat baik, kadang -kadang kita jarang mengungkap perkataan ' mak saya sayang mak' kenapa? tiada masa? malu? bukan kerana kita tidak tahu bagaimana ingin berbicara seperti itu dan bukan menjadi budaya. tetapi jangan lupa kita masih ada pelbagai carauntuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu kita..nak tahu kan?

!. tuntutlah ilmu yang berguna sehingga mati( impian seorang ibu melihat anaknya berjaya)
!. berdoalah kepada mereka seusai solat( agar tuhan makbulkan)
!. salamilah tangan ibu setiap kali kita meninggalkan rumah
!. bertanyakan kabar berita
!. luangkan masa bersama dia
!. hadiah istimewa..SENYUMAN.

dan banyak lagi...so bersyukurlah dan hargailah insan yang bergelar ibu selagi mereka masih menegur anda kerana mereka sayang kita semua..janganlah kita menyesal di kemudian hari kerana ibu yang hilang tidak akan ada peganti sehebat beliau.


*hargailah insan yang masih bersama anda, menyayangi anda, merindui anda kerana kehilangannya akan meninggalkan seribu kenangan...
 LOV U MUM
sekian drp
BURZZ~


LIKE AND FOLLOW=)

2 comments:

Fluttershy - Move Tool