aku berdiri,
merenung langit,
menghitung bintang ,
yang bertaburan,
ditemani cahaya bulan,
menerangi malam,
yang sepi tanpa siang
kedengaran bisikan alam,
tika sepi bertandang,
turut bersuara desiran angin,
menyapa kedinginan malam,
irama dan lagu,
beralun menghidupkan malam.
ketika masa berlalu,
air mataku berderai,
dek kealpaan aku,
menghitung beribu-ribu kebahgiaan,
sedangkan aku terlupa,
asal usul kesedihan,
tangan dan jemari ini,
berpaut di tiang langit,
tetapi rebah.
kerana aku kehilangan sejarah diri,
aku hanya bertahan,
terus aku menabur janji duniawi,
kelembutan hati,
menadah penyesalan.
menjelang fajar,
malam berlalu,
matahari tersenyum,
kini terbuka pintu syurga,
langkahku tak terhenti,
terus mengejar dan berlari,
walaupun perit,
menanggung sakit masa silam,
lantas,
bicara hati,
peluang dan hidayah,
untuk diriku ini.


nice!
ReplyDelete